Mengambil Sarapan Pagi.
"Apabila salah seorang daripada kamu hendak makan, maka ucapkanlah "Bismillah." Dan jika ia lupa untuk mengucapkan Bismillah di awal makannya, maka hendaklah ia mengucapkan "Bismillahi Awwalahu wa Aakhirahu" (dengan menyebut nama Allah di awal dan di akhirnya.)
“Tidak ada becana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), agar ia dapat memenuhi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk ia bernafas.”
(Guru diharapkan dapat bertanya murid mengenai sarapan sebelum memulakan P&P setiap pagi)
Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambilsarapan, makan tengah hari dan makan malam secara tetap. Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.
Namun, pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan, terutama di kalangan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan baik dan sering meninggalkan sajian penting itu atas pelbagai alasan.
Apabila ditanya kenapa anak tidak bersarapan, antara jawapan yang sering diterima ialah tiada selera, tidak cukup masa atau anak enggan mendengar arahan. Menyuruh anak makan saja bukan tindakan tepat. Tindakan lebih bijak ialah ibu bapa duduk dan makan bersama.
![]() |
Hendaklah memulakan makan dengan mengucapkan "Bismillah" Sabda Rasulullah s.a.w. |
"Apabila salah seorang daripada kamu hendak makan, maka ucapkanlah "Bismillah." Dan jika ia lupa untuk mengucapkan Bismillah di awal makannya, maka hendaklah ia mengucapkan "Bismillahi Awwalahu wa Aakhirahu" (dengan menyebut nama Allah di awal dan di akhirnya.)
"Hindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas", Sabda Rasulullah s.a.w. |
“Tidak ada becana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), agar ia dapat memenuhi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk ia bernafas.”
![]() |
Kuih Koci |
Comments
Post a Comment