Sambal Tumis
Sambal Tumis Ikan Bilis dan Petai |
Bahan2:
- Ikan bilis- dibersihkan dan toskan...
- 2 senduk cili kisar
- 1/2 cawan air asam jawa
- 3 papan petai-dibelah 2 dan ambil isi sahaja
- 3 ulas bawang merah-dihiris
- 2 ulas bawang putih-dihiris
- Garam Dan gula secukup rasa
- Minyak
Cara2:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, keluarkan sedikit minyak, tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar,
tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing. - Masukkan cili kisar, masak sampai garing, kemudian masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
- Masukkan garam, gula secukup rasa, kemudian masukkan petai, masak lagi hingga petai masak. Last sekali masukkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutup api...boleh ldihidangkan dengan nasi panas....
Sambal Tumis Sotong
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (serbuk perasa)
1 cawan cili kisar
6 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*
1 inci belacan*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
Sotong dibersihkan, asing kan kepala, buang dakwat, muncung dan mata sotong, jika besar kerat. Badan sotong di belah, buang bahagian dalamnya, kelar bersilang bahagian dalam sotong dan kerat sederhana besar, cuci dan toskan. Kemudian celur dalam air mendidih selama 30 saat, toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan jus asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa (jika guna). Masak hingga pekat.
Tambah bawang hiris dan sotong, kacau rata dan masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain....
Sambal Tumis Udang
BAHAN-BAHANNYA :-)
20 ekor udang saiz besar, buang kulit dan tinggalkan ekornya, cuci dan toskan
4 papan petai, ambil isinya.
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (@serbuk perasa)
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan petai dan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat.
Tambah udang dan bawang hiris, masak hingga udang masak dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesuai...
Ikan Keli Berlada
Bahan-bahan
1. 1 kilo ikan keli
2. 10 sudu makan cili kisar
3. 8 biji bawang kecil
4. 6 biji bawang putih
5. 1/2 biji bawang besar
6. 3 biji limau kasturi – ambil jus
7. garam secukupnya
8. 1 batang serai * )
9. 1 inci halia * )
10.2 biji bawang putih*)- semuanya di tumbuk/kisar untuk perap ikan keli.
11.kunyit hidup secukupnya*)
12.garam*)
Cara-caranya
Bersihkan ikan keli. Rendam dengan air asam/jus limau dalam 5-10 minit.
Bilas semula dan perap dengan benda bertanda *.
Biarkan selama 10-20 minit.
Panaskan minyak dan goreng bawang kecil, bawang putih dan bawang besar.
Toskan dan tumbuk kasar..jangan lumat tau..nanti kurang kick
Goreng ikan keli dengan minyak yang banyak sehingga garing dan toskan.
Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumislah cili kisar dengan api perlahan sehingga cili tadi masak.
Masukkan garam dan bawang goreng yang telah di tumbuk tadi.
Biarkan sehingga agak kering dan masukkan jus limau kasturi..terus kacau dan padamkan api.
Tuang di atas ikan keli tadi.
Terung Berlada
Bahan:-
3 biji terung sederhana besar
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar cili boh
2 - 3 sudu makan gula/secukup rasa
garam secukup rasa
Dikisar:-
3 biji cili merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
Cara-Cara:-
Basuh terung dan belah 4 di tengahnya, jangan putus. Goreng dalam minyak hingga 3/4 masak, jangan layu sgt..lembik nanti. Angkat dan letakkan dalam bekas sesuai, ketepikan. Kurangkan sedikit minyak dalam kuali jika terlalu banyak. Tumis bahan kisar dan cili boh dengan api perlahan. Kacau hingga cili benar2 masak dan naik minyak sikit. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga agak pekat. Tutup api dan tuangkan ke atas terung tadi dan rata-ratakan.
Telur Berlada
Bahan-bahannya :
4 biji telur ( saiz besar )
3/4 cawan minyak
bahan tumbuk kasar :
4 tangkai cili kasar
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah ( hiris nipis )
garam & gula secukup rasa
Cara2 :
1. Rebus telur, sejukkan & kupas
2. Panaskan minyak dalam kuali..goreng telur hingga kekuningan. Ketepikan.
3. Tinggalkan 2 sudu besar minyak lebihan goreng telur tadi...tumis bawang merah hingga naik bau...
4. Masukkan bahan2 tumbuk, garam, gula & goreng lagi hingga masak...
5. Masukkan telur rebus goreng ke dalam sambal & gaul sebati. Angkat untuk dihidang.
Comments
Post a Comment