Masak Singgang


Ikan Singgang






Daging Masak Singgang

Bahan-Bahan:

300 gram daging batang pinang
3-4 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah

Bahan dimayang:

2 inci halia
2 inci lengkuas

Bahan ditumbuk kasar:

1 camca besar ketumbar
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5-6 biji cili kering - yang ni kisar lumat

Cara penyediaan:

1) Masukkan semua ingredients bahan yang telah dimayang, yang telah ditumbuk, asam keping, garam gula, daging dan air ke dalam periuk.

2) Renehkan hingga daging empuk. Rasakan semua rasa secukupnya.



Bahan-bahan:


ikan kembung. nak guna ikan tongkol pun boleh juga.
3 ulas bawang putih-dihiris
sedikit lengkuas. agak2 besar ibu jari tangan yerr bukan kaki..:)
sedikit kunyit hidup.
asam keping. ikut citarsa masing2. kalau nak masam letak banyak.
air
garam secukup rasa.
cili api.
Cara-cara:

bersikan ikan dulu yerr..
pastu masukkan semua bahan ke dalam periuk anda.
masak hingga mendidih.



Singgang Ikan Tenggiri

Singgang Ikan Tenggiri

Bahan-bahan :
1. 1 keping ikan tenggiri.
2. 1 inci lengkuas. - dihiris nipis
3. 1/2 inci kunyit. - dihiris nipis
4. 3 ulas bwg putih.- dihiris nipis
5. 3 keping asam
6. 1 sudu kecil budu
7. garam, sedikit aji
8 air secukup suka.
9. 2-3 biji cili api kampung.
10. Bendi ( optional )

Cara-caranya:
1 . Rebus semua bahan-bahan di atas sehingga mendidih. Adjust la rasa dalam pada tu.
Tutup api dan boleh dihidangkan.




Masak singgang atau masak pindang cara masak serupa cuma ramuan dan tipnya berbeda. Masak singgang merupakan masakan orang pantai timur manakala masakan pindang masakan orang selatan-JOHOR. Cara masak amat mudah rebus aje ikan bersama dengan asam keping campur lengkuas yang dipotong-potong agak kasar campur sikit garam. Biar sampai didih @ masaklah. Ikan tongkol dan ikan selayang amat sedap masak cara ini. Sampai ada orang hirup kuah. Bagi masak pindang cara masak sama cuma tambah pula kunyit. Tapi ada orang masak dia tumis dahulu. ikut suka sendiri tapi yang berminyak kan tidak baik untuk kesihatan. Ikan kembung atau selar sedap kalau masak pindang.

Kalau masak singgang ini lawannya budu ,peh baru terangkat. Budu campur cili padi, hirisan bawang dan perahan limau . Sayurnya pula ulam juga cecah budu peh! .Paling saya suka kacang bendi celur.




Ikan Selayang Masak Singgang

Bahan:
1 kg ikan (ikut suka)
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
3 batang serai diketuk
1 inci kunyit hidup dihiris
3 keping asam keping
garam & aji
bendi kalau suka

Cara:
panaskan air didalam periuk.. masukkan semua bahan2.. biarkan hingga air menggelegak.. rasa garam dan aji..
masukkan ikan dan bendi.. rebuslah hingga ikannya masak.. dan bendi lembut
sedia untuk dihidang bersama sambal belacan.





Ikan Masak Singgang
:- untuk ibu yang baru bersalin (dalam pantang)

Bahan – bahan
2 ekor Ikan selar /cencaru/merah(kalau ikan besar, di potong dua)
Setengah inci kunyit hidup
Setengah inci lengkuas
Sedikit asam keping
2 atau 3 ulas bawang putih
Seulas bawang merah
Ketumbar (kalau suka boleh letak)
cili besar(kalau dah lebih 20 hari bolela mkn sket2 tapi buang bijinya ya!)

Cara – cara memasak
Potong halus semua bahan, masukkan air kedalam periuk, dan panaskan periuk yang telah diisi dengan air dan rempah ratus tadi. Selepas air menggelegak, masukkan ikan, cili dan biarkan seketika sehingga ikan empuk sebelum api ditutup.

Comments

Popular posts from this blog