Kanak-kanak Melayu Tak Suka Bersarapan
(Ada kaitan dengan prestasi pembelajaran dalam bilik darjah)


Nasi Lemak

Kedengaran agak pelik, tetapi ramai kanak-kanak yang tidak bersarapan memberikan alasan tiada masa untuk makan. Alasan lain mereka tidak bersarapan setiap hari termasuk tidak lapar, tiada selera, tiada makanan serta waktu terlalu awal untuk makan.




Kajian dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia yang tamat baru-baru ini, turut mendapati kira-kira 70 peratus daripada kanak-kanak di sekolah rendah bersarapan setiap hari manakala tiga daripada 10 kanak-kanak masih tidak bersarapan.




Mengikut kajian, perbandingan antara kaum, masyarakat India mencatatkan peratusan paling tinggi dari segi pengambilan sarapan setiap hari iaitu kira-kira 82 peratus, diikuti dengan masyarakat Cina (78.5 peratus) manakala pengambilan sarapan setiap hari untuk kanak-kanak Melayu pula kira-kira 63 peratus (peratusan lebih rendah berbanding pengambilan sarapan setiap hari di kalangan Bumiputera Sabah dan Sarawak). Kanak-kanak Melayu juga didapati paling ramai tidak mengambil sarapan langsung (8.8 peratus) manakala kanak-kanak India pula mencatatkan peratusan paling rendah iaitu 4.2 peratus.



Tabiat pengambilan makanan ringan pula, bukan sesuatu yang memudaratkan asalkan makanan terbabit disediakan secara berkhasiat. Malah penyediaan makanan ringan juga boleh dilakukan dengan mudah, sama seperti penyediaan sarapan dengan mengutamakan jenis makanan yang lebih berkhasiat.


Karipaf

Hendaknya memulakan makan dan minum dalam suatu jamuan makan
dengan mendahulukan atau mempersilakan orang-orang yang lebih tua
umurnya atau yang lebih memiliki darjatnya.


Comments

Popular posts from this blog