Gulai Lemak

Gulai Lemak
Masak Lemak Telur Itik

3 biji telur itik

Bahan kisar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 hirisan nipis lengkuas
2 hirisan nipis halia
3 biji cili kering

1 batan serai - dititik
1 keping asam keping

1 kotak santan @ secukupnya
Air secukupnya
Garam/Gula secukupnya

Masukkan air dan santan di dalam periuk dan campurkan semua bahan kisar bersama serai dan asam keping. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan telur satu persatu....kecilkan api dan jangan kacau, tunggu hingga telur sudah agak masak kuningnya...baru digaulkan sekali sekala.


Gulai Lemak Pisang Muda Dengan Ikan Masin

Bahan-bahan ( 3-4 org )
1 sikat pisang muda (pape pn boleh)
4-5 ketul ikan masin (kurau @ duri)
santan cair (no 2) gna kelapa parut slps pati santan tadi
pati santan (1/2 biji kelapa parut) - agak2 1 cawan
3 batang serai (titik)
garam n gula
3 biji cili merah *
2 biji bwg besar *
3 ulas bwg putih *
1 inci belacan bakar *
1 1/2 inci kunyit hidup *
sejemput ikan bilis putih (tumbuk kasar)

Cara-cara

Cara-cara
kisar bahan bertanda * dgn santan cair no 2 (ukuran air agak2 pisang tenggelam dlm periuk)

siat kulit pisang n potong serong... kmdn rendam dlm air garam

kmdian, masukkan bahan kisar, pisang, ikan bilis, serai dan ikan masin dlm periuk... masak sampai pisang agak lembut

selepas itu masukkan pati santan perasakan garam dan gula mendidih sedikit bolehla diangkat


Sayur Nangka Masak Lemak

1/2 kg nangka muda
Air untuk merebus nangka secukupnya
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
1/2" kunyit hidup
1 ikat daun selasih
1 kotak santan (ibu guna M&S)
1 mangkuk kecil air
garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Nangka muda dipotong kecil-kecil dan dibersihkan. Rebus nangka sehingga empuk, toskan airnya, biarkan nangka di dalam periuk.
2. Tumbuk lada hitam sehingga lumat. Masukkan bawang besar, bawang merah dan bawang putih dan kunyit. Tumbuk kesemuanya sehingga lumat. Masukkan garam, tumbuk lagi.
3. Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk yang mengandungi nangka. Tuangkan setengah kotak santan dan semangkuk kecil air. Masak hingga mendidih dan dikacau selalu.
4. Apabila telah mendidih, masukkan baki setengah kotak lagi santan. Kacau sentiasa.Masukkan daun selasih, kacau seketika dan bolehlah dihidangkan.





Lemak Ciliapi Telur Ikan

Bahan-bahan
500 gram telur ikan
2 cawan santan pekat
10 biji terung telunjuk kecil
5 biji ciliapi
5 helai daun limau purut
3 batang serai [diketuk]
1 keping asam gelugor 
garam secukup rasa

Bahan Dikisar halus
15 biji ciliapi
3 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup

Cara Membuat
1. Basuh telur ikan. Potong kecil.
2.Masukkan bahan yang dikisar, telur ikan, terung, daun llimau purut, serai. asam gelugor dan garam ke dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendidih.
4 Masukkans antan pekat dans sentiasa kacau supaya santan tidak meruap. 
5. Rasakan garamnya dan tutup api.
6. Hidangkan.




Comments

Popular posts from this blog